HALAMAN SANTAI

Selasa, 10 November 2015

Penganalisis: Pas tahu PKR lebih perlukannya


 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian


SHAH ALAM – “Pas tidak merasakan wujud keperluan untuk membuat perjanjian dengan Pakatan Harapan”, demikian reaksi penganalisis politik apabila ditanya berhubung cadangan kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan di Selangor.

Ini kerana menurut Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, hakikatnya Pas sedar yang lebih memerlukan parti itu kini adalah PKR.

“Persoalannya sekarang, adakah DAP (sekali pun) akan mahu perjanjian itu wujud kerana parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan parti Islam tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan oleh Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung perjanjian antara Pakatan Harapan dengan Pas demi menyelesaikan kontroversi status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Cadangan itu tidak akan berlaku']

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana Pas sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online sebelum ini.


Tiada ulasan: