HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 November 2015

Masyarakat Melayu tak mampu miliki rumah sendiri di Pulau Pinang dan Selangor

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Harga rumah yang mahal di dua negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Selangor dan Pulau Pinang sehingga tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah (B40), menunjukkan kedudukan maruah Melayu yang tercabar.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan pemilikan aset di kalangan orang Melayu semakin rendah. 
 
"Sememangnya terdapat kebimbangan tentang kemampuan pemilikan tanah dan rumah orang Melayu.
 
"Kerisauan ini ada asasnya tatkala kita melihat contoh-contoh seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor di mana tanah-tanah untuk kediaman atau projek-projek perumahan yang dijual oleh pemaju adalah terlalu tinggi dan tidak mampu untuk dibeli oleh orang Melayu, terutamanya mereka yang datang dari golongan berpendapatan rendah (golongan B40)," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tentang laporan mengenai kedudukan maruah Melayu yang dikatakan tercabar.  
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pada 2011 hanyalah berjumlah RM211.5 bilion, atau 23.5 peratus yang mana rendah daripada sasarannya iaitu 30 peratus.
 
 

Tiada ulasan: