KUALA LUMPUR: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob sedia disaman Nurul Izzah Anwar selepas melabel Naib
Presiden PKR itu sebagai 'pengkhianat negara' berikutan pertemuannya
dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu yang bertanggungjawab
menyerang Lahad Datu pada 2013.
Ujar Ismail, sekiranya Nurul Izzah bertegas mahu meneruskan tindakan
undang-undang tersebut, beliau sedia mempertahankan kenyataannya itu.
“Kalau dia rasa tindakannya tidak mengkhianat, mesti orang Sabah akan marah dengannya. Kalau nak saman, samanlah.
“Dalam ramai-ramai individu yang menyelar tindakan beliau, mungkin
kenyataan saya memberi impak kepadanya," katanya dipetik akhbar Utusan
Malaysia.
Ismail sebelum ini menyelar tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel Kiram
dengan mengatakan ia merupakan satu penderhakaan kepada negara yang
tidak boleh dimaafkan.
Sehubungan itu, Nurul Izzah semalam dilaporkan akan menyaman Ismail dan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar atas kenyataan yang
dikeluarkan kedua-dua individu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan