Chua Tee Yong
PETALING JAYA - Malaysia tidak bimbang dengan kemungkinan kenaikan
kadar faedah AS bulan depan kerana ia tidak akan memberi kesan kepada
ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
“Malaysia mempunyai ekonomi yang dinamik dengan pasaran ekuiti, modal atau bon yang juga dinamik.
“Justeru, kita tidak bimbang dengannya, tetapi sudah tentunya kita akan terus memantau situasi itu," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Bangunan KWSP, di sini, hari ini.
Mengenai kesan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) ke atas ringgit, Chua berkata banyak faktor lain termasuk harga minyak yang masih akan memberi kesan kepada kadar pertukaran.
"Di tengah-tengah spekulasi Fed akan meningkatkan kadar pada Disember, faktor-faktor seperti situasi ekonomi di China dan senarai gaji AS atau pertumbuhan pekerjaan juga dipantau oleh Fed untuk memutuskan sama ada kadar itu akan dinaikkan pada Disember," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Chua berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak melabur dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tetapi dalam bon Panglima Power Sdn Bhd, penjana pengeluar bebas (IPP) sebelum 1MDB membelinya.
“Sebelum 1MBD membeli stesen jana kuasa itu, ia hanya satu pelaburan biasa dalam bon oleh KWSP, dan KWSP telah melabur dalam bon, ekuiti dan hartanah," katanya sambil menambah KWSP sentiasa menyediakan pulangan kepada ahlinya dan tidak bergantung kepada pembiayaan kerajaan atau bantuan untuk mengekalkan ketidakbergantungannya.
KWSP mengisytiharkan dividen 6.75 peratus berjumlah RM36.66 bilion bagi 2014, yang paling tinggi sejak 1999 iaitu pada 6.84 peratus.
Sementara itu, Chua berkata Perkhidmatan Nasihat Persaraan (RAS), pelan jangka panjang yang dilaksanakan oleh KWSP bagi membantu ahli mencapai tahap persaraan mampan, boleh didapatkan di 17 cawangan utama KWSP pada akhir 2016.
Setakat ini, tujuh pejabat KWSP -- di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Baharu, Seberang Jaya, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuantan -- telah memulakan perkhidmatan itu.
Chua berkata dengan hanya 33 peratus daripada ahli KWSP mencapai keperluan simpanan asas, kerajaan berharap lebih ramai ahli akan mendapatkan nasihat RAS.
"Pada 15 November tahun ini, 7297 ahli menerima nasihat percuma daripada RAS," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan