KUALA LUMPUR: Polis mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan menjelang
pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27, di sini, esok serentak dengan
kedatangan beberapa pemimpin utama dunia.
Ia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama; Perdana
Menteri India, Narendra Modi dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk
Muhammad Fuad Abu Zarim, berkata ia bagi memastikan tahap keselamatan
berada pada paras optimum ketika berlangsungnya sidang kemuncak itu.
Beliau berkata, pihak polis tidak boleh berkompromi dengan sebarang
ancaman atau cubaan mana-mana pihak yang ingin merosakkan perjalanan
sidang kemuncak itu.
"Polis semalam menerima laporan kononnya ada pengebom berani mati yang
akan melancarkan serangan ketika berlangsungnya sidang kemuncak ini.
"Justeru, polis mengambil langkah berjaga-jaga dengan menambah jumlah
keanggotaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya
ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan keselamatan di Pusat Media
Antarabangsa di KLCC di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan