HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 November 2015

Ucapan pro LGBT Obama di Malaysia diselar

 
Kenyataan Obama dilihat sebagai satu campur tangan kepada urusan dalam negeri.


Nasharudin-Mat-Isa

PETALING JAYA: Ucapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengenai dasar kerajaan yang membolehkan pasangan sejenis untuk berkahwin diselar sebagai campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa, dalam satu laporan di Astro Awani menyifatkan, sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, Malaysia mempunyai hak untuk mentadbir dan mengurus negaranya sendiri.

“Saya berasa sedikit kesal dengan kenyataan Obama sebab saya lihat kenyataan itu sebagai satu campur tangan kepada urusan dalam negeri. Jika Obama mahu memberi pandangan, itu hak beliau.

“Namun sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia perlu berpegang kepada pendirian kita, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam sebagai agama rasmi dan sebagai sebuah negara berdaulat, kita tidak perlu terikat dengan cadangan pihak luar,” kata Nasharudin.

Pada Jumaat yang lalu, Obama berkata demikian dalam satu sesi town hall dengan golongan muda di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Ucapan Obama itu dilapor oleh beberapa media tempatan mengetengah bahawa polisi kerajaan mengenai perkahwinan perlu adil kepada semua rakyat termasuk golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Bukan itu sahaja Obama juga dipercayai berkata walalupun setiap individu mempunyai agama dan tradisi budaya tersendiri, namun tiada sesiapa boleh dipaksa untuk berkelakuan mengikut cara tertentu.

Tiada ulasan: