ROMPIN: Dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemelut 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) minggu hadapan.
"Dua individu ini terakhir yang akan kita panggil pada 11 an 12
Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van
serbaguna sumbangan Bank Rakyat kepada Masjid Al-Iman Kampung Leban
Chondong di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Hasan yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata, Ketua
Audit Negara akan membentangkan laporan audit mengenai krisis 1MDB itu
kepada PAC pada 24 dan 25 Februari ini.
Beliau berkata, setelah itu PAC akan membuat rumusan terhadap intipati
pembentangan laporan audit berkenaan untuk dibentang pula kepada
Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan