KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora di perairan luar pantai
negeri Pantai Timur serta Sarawak dan Sabah, diramal berterusan sehingga
Selasa ini.
Menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini, kawasan yang
terlibat ialah perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur,
Sarawak, Labuan dan Kudat dan pantai barat serta pedalaman Sabah.
"Keadaan itu menyebabkan angin kencang timur laut selaju 60 km/jam
dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka melanda kawasan
berkenaan," kata kenyataan itu.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua
aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, kata
jabatan itu.
Keadaan cuaca yang serupa dijangka berterusan pada tempoh yang sama di
kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Samui, Palawan,
Tioman, Bunguran, Reef South, dan Kuching.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan