HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Februari 2016

APAKAH MUKHRIZ TERPAKSA DIPECAT AKHIRNYA?

 shahbudindotcom

 




Persoalan demi persoalan terus timbul dalam kemelut mahu menukar Menteri Besar Kedah yang berlarutan sejak lebih seminggu lalu apabila kini 15 Adun pembangkang pula akan dipanggil mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, petang ini.

Kenapa wakil pembangkang mahu dipanggil sedangkan daripada 21 Adun BN yang ada, 19 daripadanya sudah dipanggil mengadap secara individu oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam?

Apa kaitannya Adun pembangkang dalam kemelut mahu menukar Mukhriz Mukhriz jika benar 19 daripada 21 Adun BN sudah menyetujuinya?

Daripada 21 Adun BN, hanya Mukhriz dan Aminuddin Omar yang tidak menandatangani akuan bersumpah itu.

Apakah ini bermakna daripada 19 Adun yang dipanggil semalam, tidak semuanya didapati bersetuju dengan pertukaran Mukhriz Mahathir apabila diminta berterus terang di depan Jemaah Pemangku Sultan Kedah walaupun masing-masing sudah menandatangani akuan bersumpah sebelum itu?

Logiknya kalau kesemua 19 Adun itu sudah seia-sekata mahu Mukhriz ditukar, tiada alasan lagi untuk menangguhkan pertukaran Menteri Besar Kedah yang baru kerana komposisi baru Adun akan menjadi 19-15-2.

Adakah disebabkan Jemaah Pemangku Diraja Kedah mendapati belum cukup majoriti yang jelas yang mahukan Mukhriz ditukar, lalu mereka memutuskan untuk mengetahui ke arah mana sokongan Adun-Adun pembangkang pula?

Bagaimana nanti jika kesemua 15 Adun pembangkang mahukan Mukhriz terus kekal sebagai Menteri Besar?

Jika daripada 19 Adun BN sudah berpecah, manakala 15 Adun pembangkang pula sekata menyokong Mukhriz, apakah nanti bermakna Jemaah Pemangku Sultan Kedah akhirnya akan memutuskan tiada keperluan sebarang pertukaran Menteri Besar di negeri itu?

Adakah UMNO akhirnya terpaksa memecat Mukhriz bagi meneruskan keegoan membuang anak Tun Mahathir itu?

Ahh...beranikah Najib?


Tiada ulasan: