HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Februari 2016

Kedudukan Mukhriz diketahui hari ini?

MALAYSIAKINI




Spekulasi bertiup kencang lewat malam tadi bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengumumkan hari ini mengenai kedudukannya sebagai menteri besar Kedah.

Berita Harian melaporkan Mukhriz akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi mengenai keputusan istana Kedah mengenai statusnya sebagai menteri besar.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa pihak media telah dimaklumkan oleh pegawai pejabat setiausaha kerajaan negeri supaya bersedia untuk satu sidang media hari ini yang belum ditentukan masanya.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah bertemu dengan semua 21 ADUN BN dan 15 wakil pembangkang sejak dua hari lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan mesyuarat exco kerajaan negeri Kedah yang sepatut diadakan hari ini, telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp malam tadi.

Tiada ulasan: