Beli Rumah Pertama Layak Beli Rumah Harga Bawah RM300,000. Pro VS Kontra?
Semua sedia maklum, yang mana baru-baru
Datuk Seri Najib baru sahaja selesai membentangkan pengubahsuaian Bajet
2016 yang mana terkandungnya beberapa perkara yang diangkat bagi
mendepani cabaran ekonomi semasa hari ini. Antaranya?
Antaranya ialah kepada yang mahu beli
rumah pertama layak untuk membeli rumah harga di bawah RM300,000.
Malangnya untuk pelabur hartanah, atau yang berhajat untuk beli rumah
kedua untuk berpindah atau sebagainya pada harga di bawah RM300,000,
anda tidak layak sama sekali.
Apa yang Berita Semasa nampak di sini,
tujuannya adalah kerajaan mahu mengawal harga daripada terus melambung
tinggi sehingga menidakkan hasrat kalangan pembeli rumah pertama
mendapatkan harga di bawah RM300,000.
Secara mata kasar dan tersuratnya untuk
dasar ini, nampak ada baiknya dan berita baik utnuk pembeli rumah
pertama. Cuma Berita Semasa masih belum nampak lagi, perincian bagi
dasar baru ini. Ini kerana jikalau perincian tidak proaktif, bakal
memberikan implikasi besar kepada kumpulan lain yang tercari-cari rumah
di Malaysia.
Berita Semasa berikan contoh begini :
Harga Bawah RM300,000 Untuk Beli Rumah Pertama? Pro VS Kontra?
- Tahun 2015, pemaju ada saiz pasaran untuk bakal pembeli mereka sekitar 100 peratus yang mana semua boleh beli unit hartanah mereka untuk harga rumah sehingga RM300,000
- Tahun 2016, dengan dasar baru ini unit hartanah baru pemaju hanya boleh menikmati saiz pasaran sekitar 45-50 peratus sahaja apabila potensi kumpulan pembeli yang bakal beli unit hartanah mereka semakin berkurangan
- Tiada pemaju yang mahu bekerjasama jikalau mereka melihat potensi keuntungan semakin berkurangan supaya kelangsungan untuk projek-projek mereka yang akan datang. Ya, ini realitinya. Itu sebablah pemaju berkmapung dalam industri hartanah hari ini.
Jadi, bagi Berita Semasa sendiri polisi
kerajaan dan kalangan pemaju mestilah seimbang. Berita Semasa risau
jikalau dasar dan langkah beli rumah pertama layak beli rumah harga
Rm300,000 ini dijalankan tanpa ada insentif dikalangan pemaju, akan ada
pemaju nanti yang akan fokus kepada projek unit hartanah yang berharga
RM300,001 dan ke atas sahaja. Contoh insentifnya?
- Kerajaan akan beli semua unit yang tidak terjual untuk projek rumah bawah Rm300,000 yang dibina pemaju
- Jadi dipihak pemaju mereka dapat guaranteed profit. Keuntungan dijamin tetapi pada keuntungan rendah sedikit
- Jadi situasi menang-menang di situ, kerajaan mampu tawarkan rumah bawah RM300,000 kepada rakyat Malaysia dan pemaju ada keuntungan yang dijamin untuk kelangsungan projek mereka yang akan datang
Hakikatnya, hari ini rumah sekitar harga
RM300,000 inisiatif dikalangan pemaju swasta sangat-sangat kurang
penyediaaan rumah mampu milik kecuali rumah Selangorku dan RUMAWI (Rumah
Mampu Milik Wilayah Persekutuan). Supply masih lagi kurang.
P/S : Pokok pangkalnya, peniaga dan
pemaju boleh meletakkan harga yang mereka rasa patut letak.
Kerajaan ada
kuasa untuk mengawalnya, pokok pangkalnya umum dasar dan polisi yang
betul, dan bertanggungjawab ke atas polisi yang dibuat supaya tidak
disalahguna atau dimanipulasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan