HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Februari 2016

Dewan Ulama Pas percaya Khairuddin tiada niat

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Pusat percaya bahawa tindakan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang berpakaian seperti dewa Cina dalam satu sambutan Tahun Baharu Cina di Sungai Buloh, semalam bukan bertujuan melanggar batasan agama.

Sebaliknya apa yang berlaku hanyalah kerana salah faham dan tidak mengamati kedudukan yang menyerupai bentuk amalan agama lain.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, insiden itu juga dikesali pihaknya namun mereka yakin Khairuddin tidak berniat mempersendakan Islam.

“Kami mengharapkan kepada semua ahli-ahli Pas lebih berhemah dalam apa jua tingkahlaku yang membabitkan keagamaan agar ia tidak menimbulkan permasalahan dan fitnah kepada semua agama yang wujud dalam negara kita tercinta ini.

“Semoga kesilapan ini tidak akan berulang lagi dan kita harap segalanya diampunkan oleh ALLAH,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:Khairuddin mohon maaf salah pilih baju]

Khairuddin menyerahkan nasibnya kepada kepimpinan parti selepas memakai pakaian menyerupai dewa Cai Guo Jiu dalam satu majlis.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pihak menjemputnya yang pakaian tersebut adalah pakaian maharaja Cina.

Tiada ulasan: