Shahidan
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia
(Aswaja), Zamihan Mat Zin telah bersetuju untuk menyertai wacana ilmu
bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi posting akaun Facebooknya, semalam.
Shahidan turut mengesahkan bahawa wacana tersebut akan diadakan pada 17 Februari ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kuala Lumpur pada jam 9 malam.
Difahamkan lagi, wacana tersebut turut membawa tajuk Ekstremisma Agama di-Malaysia:Satu Diskusi.
“Saya akan jemput semua pihak yang berwajib. Zamihan dan Mohd Asri boleh menjemput 50 orang bagi pihak masing-masing. Ramai yang memohon untuk hadir bersama.
“Diskusi ini akan membuka ruang kepada umat Islam dan lain-lain pihak untuk memahami agama Islam dengan lebih dekat.. Agama yang mengamalkan kesederhanaan. Saya harap tidak ada mana2 pihak yang cuba menhentikan wacana ini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan