KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah agama cedera parah selepas ditikam
oleh anak lelakinya yang dipercayai mengalami masalah mental di kediaman
mereka malam tadi.
Memetik laporan Berita Harian Online, kejadian itu berlaku di Desa Rejang kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Mangsa yang berusia 49 tahun itu merupakan guru wanita Sekolah Rendah
Agama Al Amin, ditemui terbaring di lantai rumah dalam keadaan
berlumuran darah oleh dua lagi anak lelakinya yang baru pulang dari
taman permainan berhampiran.
Bagaimanapun, suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu menghilangkan diri selepas kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad,
mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya kini sedang
mengesan suspek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan