IPOH: Sejumlah 25 penumpang sebuah bas persiaran termasuk pemandunya
terselamat selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam
gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer 349.7 Lebuhraya Utara
Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Hentian Sebelah Ladang Bikam, awal
pagi tadi.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dalam kejadian pada
kira-kira 1 pagi itu, hanya dua penumpang mengalami cedera ringan.
Katanya semasa kejadian bas berkenaan yang membawa 25 penumpang
termasuk dua kanak-kanak sedang dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke
Hatyai, Thailand.
"Pihak bomba menerima panggilan pada kira-kira pukul 1.26 pagi dan terus bergegas ke lokasi kemalangan.
"Bagaimanapun, semua penumpang bas telah berjaya keluar dari bas dan
menyelamatkan diri selepas kenderaan itu terbabas," kata jururcakap
bomba itu.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Nasir Md Noor itu selesai sepenuhnya kira-kira 2.20 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan