HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Februari 2016

Nyanyi lagu ‘Kami Mahu Najib Undur’ bukan politik – Ultras Kedah

 
Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan kepada Mukhriz selaku Presiden KFA.


KFA


PETALING JAYA: Ultras Kedah menafikan dakwaan kononnya tindakan mereka menyanyikan lagu `Kami Mahu Najib Undur’ mempunyai tujuan politik.

Jurucakap ultras Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, mereka bertindak demikian sekadar meluahkan suara hati dan sokongan kumpulan penyokong bola sepak negeri itu terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Ultras Kedah melihat Mukhriz sebagai Presiden KFA yang memberi sumbangan besar kepada kebangkitan semangat dan prestasi Kedah. Sudah pasti kami rasa kehilangan bila beliau dibuang.

“Itu merupakan luahan suara hati Ultras Kedah. Jangan lihat dari sudut politik,” katanya ketika dihubungi FMT sebagai menjawab kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Datuk M Saravanan.

Katanya,kemelut politik yang berlaku itu sedikit sebanyak menjejaskan perkembangan bola sepak Kedah.

“Bagaimanapun kami hormati teguran Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan. Itu hak beliau,” katanya.

Terdahulu, Saravanan dalam Kenyataannya berkata, tindakan ultras Kedah menyanyikan lagu `Kami Mahu Najib Undur’ itu mencemarkan budaya sukan di Malaysia dan mengingatkan mereka agar tidak mencampuradukkan politik dengan sukan.

Tiada ulasan: