Sejumlah RM4.47 juta gaji pemain bola sepak tidak dibayar kelab bola sepak kepada pemain mereka pada musim 2015.
KUALA LUMPUR: Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) membidas pasukan bola sepak yang dilihat lebih ghairah mengutamakan warna stadium dan jersi pasukan berbanding menyelesaikan tunggakan gaji pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail, berkata setiap pasukan seharusnya mengutamakan masalah gaji pemain terlebih dahulu berbanding isu pembangunan pasukan yang lain.
“Ini perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum mengambil kira perkara lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tidak cukup dengan kritikan itu, Izaham turut mendedahkan jumlah gaji pemain yang tertungak melibatkan beberapa pasukan bola sepak tempatan pada musim lalu.
Katanya, sejumlah RM4.47 juta gaji pemain bola sepak tidak dibayar oleh kelab bola sepak kepada pemain mereka pada musim 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan