MSO
Sabtu ini parti agama Pas diberitakan akan mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Parti. Mesyuarat itu dikira penting dan bakal
mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan khalayak politik. Dipercayai
sebelum mesyuarat itu diadakan satu mesyuarat lain yang khusus
dijalankan.
Biarlah saya tidak menyebutnya di sini terlebih dahulu. Dari maklumat
dalaman perkara yang hendak diumumkan sudah pasti akan dilakukan. Ia
seakan sudah dimuktamadkan?
Dalam pada itu kita berharap biarlah Pas membuat ralat terhadap apa yang
hendak diumumkan itu. Tangguh dan fikir dahulu. Ini untuk kebaikan
parti itu juga. Walaupun segala alasan dan maklumat yang diterima
dianggap benar dan sahih, tetapi tindakan bakal dibuat itu tidak
merupakan satu kebijaksanaan dan memberi kebaikan kepada parti pimpinan
ulama dari Terengganu itu.
Pas seharusnya meletakkan agenda itu di belakang dan lebih melihat
keperluan parti itu berada dalam tenang bagi menghadapi pilihan raya
negeri Sarawak. Pas katanya akan meletak calonnya dalam pilihan raya
berkenaan, sekurang-kurang 22 kerusi? Daripada mengambil tindakan itu
baik Pas berunding dengan Amanah agar tidak bertembung kerusi di Sarawak
bagi mengelakkan "sama-sama saja" atau berak kapur.
Tindakan bakal diambil dan diputuskan dalam mesyuarat 13 Februari itu
boleh memberi kersan buruk kepada Pas. Keputusan itu juga dinanti dan
ditunggu oleh musuh Pas. Musuh Pas akan menjadikan tindakan atau
keputusan sebagai modal baharu untuk menyerang Pas.
Kalaupun Pas tidak mengambil tindakan itu ia tidak mencalarkan Pas. Ini
kerana masalah atau isu yang wujud itu bukan merupakan masalah Pas
peringkat nasional tetapi hanya berlegar di negeri berkenaan sahaja. Isu
lokal.
Bukan itu sahaja, masalah itu lebih bersifat peribadi dimana ia berlaku
antara individu tertentu sahaja. Adalah tidak bijak kalau Pas mengambil
isu itu sebagai itu nasionalnya. Sebaliknya kalau tindakan itu diambil
ia akan menjadi isu nasional dan ini menyebabkan Pas dilihat bermasalah.
Tindakan itu juga mencerminkan elemen diktator dalam politik Pas semakin meluas.
Apakah dia isu berkenaan tunggu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan