HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Februari 2016

Saya alu-alukan derma tanpa sebarang ikatan, kata Hisham

Adrian Wong

 


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pengkritik tidak mempolitikkan sumbangan derma Duta Besar China ke beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan parlimen yang diwakilinya.

Katnya, bahawa beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan ataupun derma selagi tidak ada sebarang syarat atau ikatan.

Hishammuddin mengulas kritikan berhubung sumbangan Duta Besar China, Huang Huikang sebanyak RM40,000 kepada lapan sekolah rendah Cina di kawasan parlimennya di Sembrong pada Ahad lalu.

Antara pengkritik itu, termasuk Ahli Parlimen DAP Kulai Teo Nie Ching yang berkata sumbangan berkenaan membuktikan bahawa duta asing itu lebih memahami ‘kesengsaraan’ yang dialami oleh sekolah Cina berbanding ‘menteri’.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata, sebagai ahli parlimen Sembrong, beliau amat berterima kasih kepada sesiapa yang sudi menyumbang kepada sekolah-sekolah di Malaysia, sama ada jenis kebangsaan Cina, Tamil, nasional atau pun sekolah agama.

Bercakap kepada pemberita di Kuaal Lumpur, katanya, beliau tidak pernah meminta Huang untuk memberi sebarang sumbangan dan juga tidak mengetahui bahawa duta itu akan berbuat demikian.

Katanya, sumbangan derma itu adalah dihargai kerana ia boleh membantu pelajar dan ibu-bapa yang terjejas akibat ekonomi.

"Apa-apa yang boleh membantu sistem sekolah, kita tidak akan kata tidak kepadanya ... dengan syarat ia tidak menjejaskan kepentingan negara kita dan (sumbangan itu) tidak ada ikatan," katanya.

Tiada ulasan: