HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Februari 2016

Setiausaha Cabang PKR tuduh Azmin lantik kroni jadi Ahli Majlis PBT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin cabang PKR mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak telus dan tidak menghormati akar umbi parti dalam pemilihan ahli majlis penguasa tempatan di negeri itu.
 
Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali berkata pihaknya kesal dengan tindakan Azmin yang, menurut beliau, 'pilih bulu' dan menidakkan senarai calon Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikemukakan oleh cabang itu.
 
"Azmin tidak ikut apa yang diputuskan oleh kami ketika bermesyuarat. Kami sudah buat keputusan dan beri cadangan kepada MB tapi beliau tidak ambil nama-nama yang kami pilih.
 
"Mereka letak nama-nama yang mereka pilih dan minta kami luluskan. Kami tidak berpuas hati apa yang dibuat oleh Azmin, tidak tahu kenapa beliau bercakap tidak serupa bikin," ujar Murali.
 
Bukan itu sahaja, pemilihan Azmin terhadap kroninya itu tidak menepati kriteria yang ditetapkan selama ini.
 
"Dalam kriteria tersebut menetapkan kelayakan sekurang-kurangnya SPM. Calon kami beri kelayakan Sarjana (Master), tetapi pihak mereka minta kelayakan SPM.
 
"Kemudian kata keputusan Bahasa Melayu di dalam SPM tidak ada kredit. Saya hairan, apabila kita beri sijil sarjana, mereka nak keputusan SPM. Sedangkan orang yang mereka pilih itu tidak perlukan Diploma.
 
Bukan sahaja tahap pendidikan, kriteria yang memerlukan seseorang itu menetap sekurang-kurangnya lima tahun di sesuatu kawasan itu juga tidak dipatuhi Azmin dalam memilih ahli majlis.
 
"Salah seorang ahli majlis yang dipilih adalah seorang ahli daripada SS2, yang bukan dari Cabang Kelana Jaya, yang kami sendiri tidak tahu sejak bila menyertai Cabang Kelana Jaya, terus dipilih sebagai ahli majlis," luahnya.
 
Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang lazim mengkritik Azmin.
 
Badrul yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau berkata sehingga kini Azmin gagal menafikan segala dakwaan yang dibuatnya sebelum ini.
 
"Banyak teguran yang dilontarkan terhadap pentadbiran Selangor, tetapi malangnya di bawah pimpinan Azmin terus dengan ego, malah tidak ubah seperti kerajaan Umno-BN yang menganggap teguran sebagai musuh. 
 
"Beliau juga pernah mencaci saya sebagai macai Umno di hadapan media," katanya.
 
Pentadbiran Azmin sebelum ini 'dicacatkan' dengan isu penubuhan entiti pelaburan Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dakwaan penyalahgunaan wang zakat dan peruntukan RM9.8 juta bagi projek menaiktaraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan.
 
Bukan itu sahaja, tindakan Azmin meluluskan projek jajaran talian penghantaran elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui kawasan hutan simpan di negeri ini dan terbaru peruntukan  RM32.4 juta untuk menggantikan kubah masjid terbesar di Selangor mengundang pertikaian ramai pihak di negeri ini.
 
"Kamu (Azmin) kritik Perdana Menteri, tapi kamu juga alasan yang sama, cuma jumlah sahaja berbeza.
 
"Azmin beri alasan teruk dalam isu menggantikan kubah masjid. Beliau menjawab ia adalah untuk kepentingan agama Islam. Bagaimanapun alasan beliau ditempelak oleh ahli agama di dalam PKR dengan menyifatkan ia satu alasan tidak bertanggungjawab," tegas Chegubard.
 
 

Tiada ulasan: