HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Februari 2016

Zambry: Pingat palsu guna nama istana Perak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam mendedahkan wujud­nya satu pihak di negeri ini yang bergiat aktif dan bebas mengurniakan bintang dan darjah kebesaran palsu dengan menggunakan nama istana.
 
Menurut beliau, kegiatan tersebut sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu dan semakin menjadi-jadi sehingga menganjurkan istiadat pengurniaan bintang dan darjah kebesaran untuk pangkat Datuk dan Datuk Seri yang diadakan di negeri ini.
 
Beliau mendedahkan, penerima anugerah kebesaran palsu itu diberikan kad khas yang dikenali sebagai Ahli Setia Diraja Perak.
 
Tambahnya, para penerima gelaran palsu itu bukan sahaja membawa kad khas diraja tetapi dengan berani meletakkan lambang diraja di kenderaan mereka kononnya ahli diraja Perak.
 
“Saya mempunyai maklumat dan bukti bergambar istiadat pe­ngurniaan pingat palsu ini. Ini sudah lama berlaku dan ia sesuatu yang serius yang perlukan tindakan segera.
 
“Akibat kegiatan ini, saya se­ring turut menerima pertanyaan daripada mereka dari luar negeri ini mengenai kesahihan anugerah yang diberikan itu.
 
“Penganugerah bintang dan darjah kebesaran di Perak hanya daripada sultan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini, Rabu.
 
Menurut Zambry, kerajaan ne­geri telah membuat laporan polis berhubung kegiatan tersebut dan percaya tindakan yang bersesuaian akan diambil.
 
Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak ghairah mengejar pangkat dan gelaran kebesaran sehingga terjerumus dengan pihak yang mengeluarkan anugerah palsu.
 
“Mereka yang telah menerima anugerah palsu ini dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan gelaran yang diberikan,” katanya.
 
Tambah Zambry, kegiatan seper­ti itu temasuk pihak yang mendakwa sebagai Maharaja Kinta seperti yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini perlu dita­ngani dengan serius.
 
Menurut beliau, untuk mengatasinya bukan sekadar memerlukan pindahan enakmen di peringkat negeri sahaja.
 
Kata beliau, perkara yang lebih penting ialah untuk melihat wujudnya peruntukan undang-undang di peringkat nasional.
 
“Isu ini sudah dibincangkan berkali-kali namun penguatkuasaan perlu datangnya daripada per­untukan undang-undang di peringkat nasional,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: