HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Februari 2016

Dividen lebih 'baik' tahun ini, kata KWSP

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengisytiharkan dividen yang 'baik' tahun ini, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.
 
Pengumuman itu akan dibuat selepas Tahun Baru Cina, katanya kepada pemberita selepas taklimat media di Kuala Lumpur hari ini.
 
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan angkanya.
 
KWSP mengumumkan dividen 6.75% bagi 2014, lebih tinggi berbanding 6.35% yang diumumkan pada 2013. 


Tiada ulasan: