shahbudindotcom
Apa yang menariknya mengenai berita di atas ini?
Jika
menteri, Ketua Penerangan UMNO, Ketua-Ketua UMNO Bahagian atau bekas
Ketua Penerangan UMNO yang kini menjaga Biro IT yang membuat ulasan
terbuka mengenainya, ia barangkali boleh dianggap biasa, tetapi tentu
saja luar biasa bila seorang pembantu suri rumah turut berbuat demikian.
Ini
kerana tanggungjawabnya yang sebenar ialah kepada suri rumah berkenaan
yang merupakan majikannya dan tidak perlu pun menunjuk-nunjuk pujiannya
kepada suami suri rumah.
Lagi
pula, jika suri rumah pun tidak berani dibantahnya, tiada yang
menghairankan dengan sokongannya terhadap suami kepada suri rumah
berkenaan.
Yang
menimbulkan kepelikan, selain kerap memberi penjelasan sebelum ini
tentang pertikaian umum berkenaan suri rumah yang merupakan majikannya,
kenapa kali ini seolah-olah "melampaui sempadan" yang sepatutnya
sedangkan suami suri rumah sendiri sudah pun mempunyai puluhan pegawai,
pembantu dan jurucakapnya sendiri?
Apa
maksud terselindung pembantu suri rumah berbuat demikian atau ini hanya
menyebabkan pegawai, pembantu dan jurucakap suami kepada suri rumah
yang sekian ramai itu "gelak-gelak besar" daripada malam tadi hingga ke
pagi ini?
Sekali lagi, apa yang menariknya berita itu?
Apabila
mengulas secara terbuka perkara yang bukan bidang kerjanya serta bukan
juga luar biasa dan portal pula menjadikannya berita, di sebalik mungkin
ada yang "terperasan" akan kehebatannya, ia sebenarnya telah
mendedahkan "kebebalan" yang sepatutnya hanya disimpan di sudut-sudut
dapur rumah majikannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan