shahbudindotcom
Dalam
usia melebihi 90 tahun, Tun Mahathir Mohamad ternyata masih gagah dan
tidak pernah habis ikhtiar dalam usahanya mahu menyingkirkan Najib
Razak.
Daripada
menulis di blog, bercakap dengan media, menghadiri pelbagai program,
membuat rayuan agar melakukan undi tidak percaya, mengusahakan Deklarasi
Rakyat dan terbaru pula menyaman Najib di mahkamah.
Dalam
masa yang sama, Ahad 27 Mac ini pula, beliau akan memberikan ucaptama
dalam Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre bersama tokoh-tokoh
pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil negara ini.
Terdengar
khabar-khabar bahawa selepas kongres itu, Tun Mahathir turut menyatakan
kesediaan untuk turun ke negeri-negeri bagi menemui rakyat yang
menyokongnya.
Tujuan
turun ke negeri-negeri itu tidak lain ialah bertujuan untuk memberi
lebih tekanan kepada Najib, selain sebagai salah satu usaha mengumpul
sebanyak mungkin tandatangan bagi Deklarasi Rakyat.
Sama
seperti gigihnya beliau membangunkan negara selama 22 tahun menjadi
Perdana Menteri, begitulah usaha kerasnya dalam menolak Najib sekarang
ini.
Dalam usia yang sepatutnya lebih banyak berehat, semua ini dilakukannya demi kepentingan negara dan maruah rakyatnya.
Selama
ini Tun Mahathir membangunkan negara dengan berjaya membina KLCC,
Putrajaya, KLIA, Cyberjaya, Litar Sepang dan lain-lainnya adalah
semata-mata untuk mengangkat martabat negara di mata dunia.
Ia
menjadikan masyarakat dunia memandang tinggi kepada negara kita, malah
ketika pentadbiran Tun Mahathir, ke ceruk dunia mana pun kita pergi,
mendengar pujian dan sanjungan bukanlah perkara yang luar biasa.
Tetapi
semua keagungan dan sanjungan itu musnah di era Najib berikutan kemeut
1MDB dan wang RM2,600 juta yang diterima di dalam akaun peribadinya.
Dalam
usaha memperkukuhkan kuasanya, beberapa institusi awam seperti Jabatan
Peguam Negara, polis, SPRM dan Bank Negara turut dikacau-ganggu
kemudiannya.
Akhirnya,
bukan saja media-media antarabangsa banyak memberi laporan buruk
mengenai Malaysia, malah agensi penguatkuasa beberapa negara juga telah
memulakan siasatan mereka.
Dengan itu, jika kita keluar negara, soalannya lebih bernada "apa sudah jadi dengan negara anda sekarang ini?"
Imej
negara sudah menjadi begitu buruk sehingga apabila kita ke luar negara,
kita seperti tidak mampu lagi berjalan mendongak seperti selalunya.
Lebih
ramai yang berjalan menunduk kerana malu bertentang mata dengan
masyarakat luar yang mungkin menyoal keadaan semasa dalam negara atau
tersenyum-senyum sinis kepada kita.
Tidak kurang juga ada yang memberitahu, mereka lebih selesa mengaku berasal daripada Singapura atau Brunei jika ke luar negara.
Hakikatnya, imej buruk kepada negara yang diakibatkan oleh Najib ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana era sebelum ini.
Lantaran
itu, apabila Tun Mahathir terus berusaha menyingkirkan Najib, ia tidak
lain adalah untuk memulihkan imej dan maruah negara.
Jika
beliau memikirkan kepentingan diri, keluarga dan masa depan
anak-anaknya dalam politik dan perniagaan, menyokong dan terus berada di
sisi Najib yang mengaku mengamalkan "cash is king" adalah jauh lebih
menguntungkannya.
Namun,
sudah tentu pertimbangan untuk negara melebihi segala-galanya bagi Tun
Mahathir. Hanya dengan Najib disingkirkan, imej dan maruah negara dapat
dipulihkan, bukan saja di kalangan rakyatnya, malah juga di peringkat
antarabangsa.
Hanya
dengan penyingkiran Najib juga, semua pembangunan fizikal dalam negara
ini benar-benar bermakna dan kita semua dapat berjalan mendongak semua
apabila ke luar negara.
Sebab
itu, usaha menyingkirkan Najib ini mesti disokong oleh kita semua
kerana nilainya lebih besar daripada 22 tahun Tun Mahathir menjadi
Perdana Menteri sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan