HALAMAN SANTAI

Jumaat, 25 Mac 2016

Mufti Perlis: Jangan double standard lapor keganasan

Anne Muhammad

 


Ekoran serangan pengganas di Brussels, Belgium dan Ankara, Turki minggu lalu, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan pihak media supaya tidak berat sebelah dalam melaporkan berita mengenai keganasan.

Katanya sikap ‘double standard’ dalam melaporkan sesuatu berita itu hanya akan menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbagai kaum dan agama.

“Kita tidak perlu mempunyai mentaliti yang double standard dalam melaporkan pergaduhan (mana-mana negara) atau berkaitan keganasan.

“Solidariti, perhatian dan dalam menentang keganasan perlu diberi sama rata. Sama ada serangan itu berlaku di Ivory Coast, Turki atau Belgium.

Double standard dalam melaporkan hanya akan membuatkan (masyarakat) hilang kepercayaan dan mengakibatkan keharmonian masyarakat terjejas. (Ia) kerana mereka berkongsi budaya atau adat resam yang berbeza,” kata Asri di Facebooknya hari ini.

Kata Asri lagi, pelbagai usaha harus dilakukan dalam mencegah keganasan sama ada di Kesatuan Eropah (EU) atau bukan.

“Banyak kerja yang perlu dilakukan dalam mencegah kekejaman itu, sama ada di negara Kesatuan Eropah negara-negara bukan EU.

Selasa lalu, dalam serangan yang berlaku di lapangan terbang Brussels telah mengorbankan seramai 10 orang manakala 30 yang lain cedera.

Kejadian itu dilaporkan pada waktu sesak ketika ratusan penumpang sedang menguruskan kemasukan mereka ke balai berlepas.

Manakala dalam serangan bom yang berlaku minggu lalu di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul telah mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.


Tiada ulasan: