HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Mac 2016

Lim, henti sorok sekitar 'belukar banglo', kata MCA

MALAYSIAKINI




MCA hari ini menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana cuba mengalihkan perhatian berhubung kontroversi pembelian banglo RM2.8 juta miliknya itu.

"Pertimbangan utama adalah Lim membeli banglo itu di bawah harga pasaran.

“Ia tidak ada kena mengenai dengan kandungan dalam rumahnya itu, ia juga tidak berkaitan sama ada beliau berani membuka pintu rumahnya untuk tatapan umum ataupun sama ada (ahli parlimen Umno) Datuk Shabudin Yahya sedia minum kopi bersamanya.

"Ia adalah mengenai bagaimana Lim berjaya membeli banglo dengan harga di bawah pasaran," kata pengerusi biro hal ehwal undang-undang MCA, Datuk Tay Puay Chan dalam satu kenyataan media.

Oleh itu, menurutnya, Lim seharusnya menumpukan perhatian kepada soalan-soalan utama dan tidak cuba untuk mengalihkan perhatian orang ramai.

Tay seterusnya menyenaraikan empat soalan yang perlu Lim jawab:

1. Bagaimana beliau berjaya mendapatkan diskaun istimewa daripada pemilik rumah sebelum itu sedangkan Pulau Pinang kekurangan tanah dan harga hartanah adalah begitu melambung tinggi?

2. Apakah hubungan antara Lim dan pemilik sebelumnya?

3. Adakah terdapat apa-apa urusan rahsia antara beliau dan pemilik sebelumnya, termasuk pertukaran faedah dan ganjaran dalam bentuk sumber kerajaan negeri?

4. Lim menyebut bahawa beliau tidak mengetahui tentang harga pasaran hartanah, tetapi tidakkah institusi kewangan yang memberikan pinjaman memberikan penilaian mereka sendiri?

Walaupun Lim menafikan sebarang salah laku, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata badan itu akan tetap menjalankan siasatan.

Ketua Menteri itu juga telah menjemput Shabudin, yang membuat dakwaan itu pertama kali untuk sesi mimnum kopi sambil mendengar penjelasannya tetapi pemimpin Umno itu memilih untuk tidak hadir.

Semalam, Lim menjemput media untuk melawat kediamannya yang terletak di Pinhorn Road, Taman Manggis.

Tiada ulasan: