KUALA LUMPUR: MCA menyatakan sokongan kukuh terhadap kepimpinan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun diasak Tun Mahathir Mohamad.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata deklarasi rakyat yang
diketuai oleh bekas Perdana Menteri bersama seterunya hanya
bertunjangkan politik semata-mata yang tidak membawa kebaikan kepada
rakyat.
"Saya hormati pendapat dan buah fikiran mereka tetapi kesimpulannya
saya istilahkan kerjasama Tun Mahathir bersama pembangkang sebagai
gabungan yang bercelaru.
Kerjasama itu pasti ada agenda tertentu yang hanya berprinsipkan
kepentingan politik masing-masing dan kami di MCA menyokong penuh Najib
dalam kerajaan serta parti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Wisma MCA Bahagian Kepong di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan