LARUT: Pengusaha restoran tidak wajar menjadikan penarikan balik
subsidi tepung gandum kegunaan am bagi pek 25 kilogram (kg) sebagai
alasan untuk menaikkan harga makanan terutama roti canai.
Ini kerana, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kos bagi menghasilkan sekeping
roti canai hanya dua sen.
"Kalau ada yang kata roti canai naik sebab tepung 25kg tak ada subsidi,
sila buat laporan dan kita akan ambil tindakan terhadap mereka.
"Kita akan siasat bila restoran itu mula dibuka, kalau restoran itu dah
buka selama lima tahun, jadi kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan
Anti Pencatutan 2011 adalah sebanyak lima tahun," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang di sini hari ini.
Bermula 1 Mac lepas, kerajaan menarik balik subsidi tepung gandum
kegunaan am bagi pek 25kg kerana kebanyakan isi rumah tidak membeli
produk saiz berkenaan.
Harga subsidi tepung gandum untuk kegunaan am bagi pek sekilogram pula
diteruskan dengan harga runcit kekal pada RM1.35 sekilogram.
Menurut Hamzah, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan
daripada pengguna berhubung kenaikan harga makanan selepas pengurangan
subsidi tepung gandum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan