HALAMAN SANTAI

Sabtu, 5 Mac 2016

Singkirkan Najib Dahulu, Kemudian Baru Fikir Hal Lain...

KELAB GREENBOC


KENYATAAN MEDIA

BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMERINTAH YANG ZALIM


1. Dalam sejarah perjuangan, semua mereka yang memperjuangkan kebenaran dan menegakkan yang hak adalah mereka yang berani menegur pemerintah yang zalim di zaman mereka.

2. Kisah Nabi Musa AS yang berani berhadapan kezaliman Firaun, Nabi Ibrahim AS di sanggup menerima segala mehnah kerana pemerintah zalim Namrud yang hebat ketika itu. Nabi Muhmmad SAW sendiri menentang pemerintah yang menguasai Mekah ketika itu yang diketuai Abu Jahal, Abu lahab dan Abu sufian.

3. Imam-imam yang hebat sama ada Imam AS-Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Nawawi dan ulamak terbilang serta pejuang rakyat yang lain juga sentiasa bangun menegur memerintah yang zalim di zaman mereka.

4. Adapun pemerintah yang zalim sebelum itu adalah menjadi bahan sejarah. Pemerintah semasa hendaklah bertindak kepada penzalim terdahulu itu sekiranya orang itu masih hidup.

5. Mengambil tauladan daripada itu, maka saya mengambil sikap untuk menegur dan menentang pemerintah yang berkuasa. Di Malaysia tentunya kerajaan BN dan pimpinan DS Najib yang berkuasa pada waktu ini.

6. Kita sedia maklum bahawa pemerintah sebelum ini juga tidak kurang zalimnya dan berlaku penyalahgunaan kuasa keterlaluan tetapi ia telah menjadi bahan sejarah. Biarlah ia menjadi renungan supaya tidak diulang oleh pemerintah sekarang.

7. Di saat keadaan ekonomi dan rasuah berleluasa dilakukan pemerintah yang diketuai DS Najib Razak, ia perlu ditentang. Sesiapa sahaja yang ingin bergabung untuk menentang pemerintah diktator, zalim dan membazir perlu disokong dan diusahakan.

8. Tugas kita sebagai seorang Islam adalah menyatakan yang benar dihadapan pemerintah yang zalim. Bukan menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang telah bersara atau pemimpin pencen. Selamat berjuang untuk menegakkan keadilan sejagat.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
4 MAC 2016

ULASAN GB

Demikian pendirian Parti Amanah Negara, tegas, teguh dan telus.

Tidak flip-flop, tidak berpusing-pusing dan tidak kabur.

Sesungguhnya Deklarasi Rakyat yang ditandatangi semalam adalah manifastesi "majoriti" rakyat. Saya katakan majoriti kerana di dalam PRU yang lalu, undi popular yang diraih oleh Pakatan Rakyat ialah 51%. Kini ditambah beberapa peratus lagi dengan kumpulan UMNO yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan mereka, malah sudah ramai yang menapak keluar dari UMNO termasuk Tun Dr Mahathir dan isteri.

Ada pula yang bangang bersuara: apa guna singkirkan Najib jika yang menggantikan UMNO juga? Saya sudah menjawab di dalam ulasan yang lalu. Petikan:

Najib perlu diturunkan walaupun ada yang dengan sinis menyatakan turunkan Najib bererti menguatkan UMNO. Sedangkan hakikatnya semakin dibiarkan Najib berkuasa, semakin menderitalah rakyat. Untuk menunggu pilihanraya yang akan datang, keadaan rakyat akan bertambah buruk dan kuasa Najib akan semakin mencengkam kerana Najib sanggup melakukan apa cara sekalipun demi untuk mempertahankan kuasanya. Turunkan Najib bererti melemahkan UMNO walau siapapun akan menggantikannya.

Ada juga yang berkata, menurunkan Najib tidak mempunyai makna apa-apa jika UMNO terus berkuasa! GB ingin menjawab yang ini pula. Sebagai seorang pendidik GB sering mengajarkan kepada anak murid, untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semester, kamu perlu lulus didalam ujian bulanan. Ertinya kamu perlu lepasi dahulu satu demi satu. Usah terburu-buru. Mana mungkin untuk lulus cemerlang di dalam peperiksaan semster jika kamu gagal di dalam ujian bulanan? Begitu analoginya. Bagaimana kamu nak runtuhkan gunung jika bukit juga kamu belum berupaya meleperkannya? Mana mungkin kamu nak tumbangkan UMNO, jika Najib sendiri kamu belum berjaya untuk singkirkannya?

Pepatah Melayu menyatakan: takkan terkajang batu sepulau. Ertinya kita boleh melakukan semua perkara di dalam satu masa.

Kita perlu atur strategi. Dan alhamdulillah, bahagian pertama kita sudah melepasinya hari semalam. Usaha menyingkirkan Najib adalah mata-rantai untuk turunkan UMNO, walaupun Tun Mahathir yang memimpinnya. Dan bukankah Tun Mahathir sendiri sudah tidak menjadi ahli UMNO lagi?

Sekarang ialah masa untuk rakyat bersolidariti untuk menegakkan kebenaran dan keadilan, bersolidariti untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Yang nak berjuang sendirian, itu (dengan meminjam istilah TGNA) dia punya pasal. Kita perlu bersama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat meletaakkan "harapan" yang tinggi kepada PH untuk memenangi pilihanraya yang akan datang. Bukan parti lain.

InsyaAllah kita akan berjaya! 

Tiada ulasan: