Shakira Buang
Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata
jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berada dalam parti Umno,
secara automatik semua jawatan yang disandang beliau akan hilang.
"Kalau dia (Lim) dalam Umno, (semua) jawatan dia dah hilang sebab kita kata jangan campur masalah peribadi dengan
parti," kata Noh yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata Umno tidak mahu terlibat
dalam masalah yang dihadapi oleh pemimpinnya, dengan memetik contoh
tuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir
Toyo.
"Kita Umno menghormati undang-undang, bila seorang pemimpin kita
didakwa di mahkamah, automatik akan digantung tetapi jika terbukti tak
bersalah dia boleh kembali kepada parti," kata Noh dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.
Mohamad Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada September tahun
lalu selepas disabitkan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk
mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5
juta untuk dirinya dan isterinya.
Pada bulan Mac, Mohamad Khir menjalani perintah parol selepas
menjalani enam bulan hukumam penjara sebelum dia dibebaskan dua bulan
kemudiannya.
Tetapi, menurut Noh, ianya berbeza dengan parti pembangkang.
"Pembangkang cakap lain, mana maruah dia? Bila kamu dah kena, tak mahu letak jawatan.
Lim yang juga setiausaha agung DAP didakwa atas dua tuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, kelmarin.
Lim yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua
pertuduhan, dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Mahkamah tidak memerintahkan Lim menyerahkan pasportnya tetapi beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah dan Jabatan Peguam Negara, dua hari sebelum ke luar negara.
Mahkamah Tinggi menetapkan 22 September depan untuk pengurusan kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan