KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menggerakan anak muda bagi menyambut baik inisiatif dan pengumuman perhimpunan aman “Tangkap Malaysian Official 1(MO1)” yang dijadual berlangsung 27 Ogos sini.
“Isu 1MDB bukan sahaja merupakan skandal rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia. Ianya turut melibatkan pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang telah diselewengkan. Kerajaan Malaysia telah hilang kredibiliti malah menjadi bahan ketawa di mata dunia,”katanya.
Kar Hing yang juga merupakan Adun Simpang Pulai berkata, skandal 1MDB telah jelas membuktikan kegagalan pimpinan Najib Razak dan kepincangan sistem negara.
Beliau menegaskan bahawa dalam saat-saat institusi negara serta sistem pilihan raya dimanupulasi, rakyat tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk kembali meneruskan perjuangan jalan raya.
“Rakyat dari pelbagai latar belakang harus bersatu hati bagi menyuarakan ketidapuashatian terhadap rejim zalim dan skandal 1MDB. Kita jelas bahawa jikalau rakyat Malaysia terus berdiam diri, tanahair bakal terus kecundang dan masa depan negara serta generasi baru akan turut tergadai,”jelasnya.
Beliau juga menggesa supaya semua badan dan gerakan masyarakat madani tampil ke hadapan untuk menyahut inisiatif anak muda dan Bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan