shahbudindotcom
Kes 1
Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda atau ANAK dan bekas AJK Pas Pusat, Mazlan
Aliman diisytiharkan muflis setelah gagal membayar gantirugi sebanyak
RM500 ribu berikutan kalah dalam saman yang difailkan oleh Felda
terhadapnya.
Pada
20 Julai 2009, Felda telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan
Angkatan Edaran Sdn Bhd kerana kandungan sebuah buku "Felda...Dulu
Tolong Sekarang Ah Long" yang dianggap memfitnah agensi tersebut.
Disebabkan gagal membayar gantirugi itu, Felda akhirnya telah memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Mazlan.
Ketika
menerbitkan buku tersebut, Mazlan adalah Presiden ANAK dan AJK Pas
Pusat, tetapi kemudian membuat keputusan menyertai Amanah.
Di
sebalik Amanah yang kini bertindak melancarkan tabung untuk membantu
Mazlan, persoalan yang timbul ialah di mana usaha Pas untuk membantu
beliau?
Apakah
Pas seolah-olah sudah lupa bahawa selama berpuluh tahun sebelum ini,
Mazlan berjuang bersama parti itu dan sumbangannya dalam menarik
sokongan masyarakat Felda kepada Pas tentulah juga bukan sedikit?
Tidak
terdetikkah di hati pemimpin-pemimpin Pas, setidak-tidaknya atas nama
persaudaraan Islam, untuk turut sama membantu Mazlan, walaupun beliau
kini sudah bersama Amanah?
Kes 2
Selepas
PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju
agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen
untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai.
Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.
Namun,
pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan
Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh
akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.
Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis.
Yang
menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos
yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi
ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.
Pesuruhjaya
Pas Johor, Dr, Mahfodz Mohamed mengesahkan bahawa Pas tidak akan
membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.
Dia
tidak lagi ahli Pas, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia
masih ahli Pas, kita akan bantunya, kata Dr Mahfodz lagi.
Soalnya, adil dan wajarkah sikap Pas itu?
Apakah
Pas tidak sedar bahawa Za'aba bersetuju namanya digunakan adalah kerana
taat kepada parti itu dan ketika petisyennya ditolak pada 2014 juga,
beliau masih lagi merupakan ahli Pas?
Dalam kedua-dua kes, di mana keadilannya?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan