KUALA LUMPUR: Selepas mencuri tumpuan banyak pihak, Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini sekali lagi menggunakan modus operandi yang sama.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tiba-tiba muncul di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kononnya untuk memberi sokongan kepada
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini sedang dalam perbicaraan berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Ketika waktu rehat Dr Mahathir dan Anwar berjumpa dengan mereka
dilaporkan berbincang mengenai isu politik semasa tanah air.
Dr Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
"Kita (PPBM) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata bekas Perdanan Menteri itu.
"Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal
politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia
menjual negara ini," katanya.
Dr Mahathir kini dihambat kontroversi apabila dikatakan mengadakan
rundingan sulit dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menaikkan
anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon perdan menteri, jika
pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Rundingan itu dibuat dikala semua parti komponen Pakatan Harapan (PH)
bersetuju untuk menobatkan Anwar sebagai calon perdana menteri, jika
pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan