HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

4 parti Sabah desak kerajaan dedah laporan nahas pesawat

 
Gabungan Sabah menggesa kerajaan mengubah status laporan rahsia mengenai punca nahal kapal terbang 1976 yang membunuh ketua menteri negeri itu.


double-six-1


KOTA KINABALU: Pengakhiran hanya akan tercapai apabila kerajaan mendedahkan laporan penuh mengenai nahas kapal terbang yang meragut 11 nyawa 41 tahun lalu, kata jurucakap Gabungan Sabah hari ini.

Gabungan itu, yang dianggotai Parti Solidariti Tanah Airku (Sabar Star), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPR), melawat tugu peringatan Double Six bagi memperingati mereka yang terkorban dalam tragedi 1976.
Antara yang terbunuh ketua menteri Sabah ke-5, Tun Fuad Stephens.

Stephens, bersama menteri kewangan Salleh Sulong, menteri kerajaan tempatan Peter Mojuntin, menteri kerja raya Chong Thien Vun dan beberapa pegawai kanan kerajaan sedang menaiki penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu apabila pesawat mereka terhempas ke Sungai Sembulan.

Selepas siasatan, timbalan menteri komunikasi ketika itu Mohd Ali M Sharif mengumumkan nahas berpunca daripada “kesilapan manusia” tetapi penemuan penuh dikelaskan sebagai rahsia kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Naib Presiden SAPP Aloysius Siap, yang merupakan pengerusi jawatan penganjur memorial itu, berkata perkara ini hanya mencapai pengakhirannya jika kerajaan mengubah status laporan itu.

“Hari ini, kami sekali lagi memperingati kejadian tragis yang berlaku 41 tahun lalu. Apa yang kami mahukan ialah kebenaran, kerana kebenaran mesti mengatasi lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas acara itu.

“Kami tahu ada kalangan ahli keluarga yang sudah membiarkan perkara ini dan kami menghormati kemahuan mereka, tetapi masih tiada pengakhiran.

“Ini bukan membuka luka lama. Rakyat Sabah berhak tahu keadaan sekitar kejadian itu sepenuhnya.
“Kami juga ingin mencadangkan 6 Jun dijadikan sebagai hari cuti di Sabah supaya semua rakyat Sabah, terutamanya generasi muda, mengenang pengorbanan pemimpin terdahulu.”

Tiada ulasan: