Viral
apabila seorang seorang lelaki menghantar mesej kepada ayah kepada seorang
gadis, meminta izin untuk membawa si gadis tersebut keluar dan berbuka puasa di
rumahnya (bersama ibunya). 13 ribu likes dan dikongsi lebih 6ribu kali.
#AmboiAmboiAmboi.
Konon-kononnya,
apabila si lelaki meminta izin si ayah, sweetlah? Maaflah, ini bukan manis yang
sedap, ini ‘manis yang menyebabkan diabetes’!
Mai
sini dengaq aku nak habaq mai!
1)
MANA BOLEH KELUAR BERDUA TANPA MAHRAM!
Aspek
lelaki bukan mahram berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram bukan
teraplikasi di dalam bilik sahaja, tetapi juga di dalam kereta. Antara seorang
lelaki dan seorang perempuan, kena ada ORANG KETIGA, iaitu seorang
manusia.
Si
lelaki tersebut kena tulis, “Saya akan ambil Shahirah dari rumah, MAK SAYA
IKUT SEKALI DALAM KERETA, berbuka puasa di rumah dan selepas makan, SAYA DAN
MAK SAYA AKAN HANTAR DIA BALIK” sekurang-kurangnya macam ini, barulah
dibenarkan.
Kalau
tiada orang ketiga, SYAITANLAH YANG JADI ‘ORANG KETIGA’ dan siapa tak tahu apa
yang syaitan boleh buat kepada dua orang lelaki-perempuan ini?
Nanti-nanti
adalah orang back-up, “Bang, diorang nak pergi berbuka puasa di bulan
Ramadhan, Bang. Syaitan diikat sepanjang Ramadhan ini. Tak ada setan, Bang.
InsyaAllah tak jadi apa-apa…”
Amboi,
amboi, amboi… Kalaupun syaitan diikat, hang ingat NAFSU pun diikat sama? Si
lelaki tu ada nafsu, si perempuan tu ada nafsu. Ingat bulan Ramadhan, nafsu
jadi off ke?
Nanti-nanti
adalah orang back-up, “Bang, bulan Ramadhan ni, Bang, semua orang berpuasa.
Diorang pun orang beriman, Bang. Diorang kan puasa tu. Puasa itulah mencegah
diorang daripada buat maksiat, apatah lagi dosa walaupun diorang berdua je..”
Amboi,
amboi, amboi… Keluar berdua tu dah maksiat dah. Kalau betul-betul beriman, awal-awal
lagi dia tak fikir nak bawa anak gadis orang keluar tanpa ikatan perkahwinan,
tau tak? Mesej minta nak nikahlah, baru jantan.
2)
HANG CONFIRM KE MAK DIA ADA? ATAU ITU HANYALAH ALASAN MENCANTIKKAN AYAT NAK
MESEJ?
Si
ayah tu, baik sangat tu, apa kes?
Si
lelaki kata, nak ajak berbuka puasa di rumah. Cuba cerita sikit, kalau sekadar
1 mesej itu sahaja, apa jaminan si lelaki akan betul-betul bawa berbuka di
rumah?
Si
lelaki kata, nak ajak berbuka puasa bersama Mak. Cuba cerita sikit, kalau sekadar
1 mesej itu sahaja, apa jaminan MAK akan betul-betul ada sekali semasa berbuka
puasa tersebut? Atau perkataan ‘mak’ sekadar buat AYAT PANCING nak kasi nampak
gentlemen, atau nak bagi ayat cantik je?
Tiada
jaminan, oit!
Kalau
Mak dia ikut sekali datang pick-up, baru nampak ada jaminan SIKIT. Sikitlah,
bukan banyak pun.
3)
KENAPA TAK AJAK SI AYAH SEKALI?
Kalau
betullah gentlemen, dan “Mak ada masakkan lebih”, kenapa ajak si anak
gadis sahaja, TAK AJAK SI AYAH SEKALI?
Ajak
si ayah sekalilah, oit! Baru gentlemen, baru nampak hero, baru nampak macho,
baru nampak serius, baru nampak nak merapatkan ukhwah, baru betul nak menjalin
silaturrahim.
Kalau
nak nampak lebih #respek lagi, biar si anak gadis makan dengan mak, si lelaki
makan dengan si ayah. Boleh nak interview ke, nak berkenalan ke, face to face,
antara wanita dan wanita, antara lelaki dan lelaki, baru betul.
Amboi,
amboi, amboi… Ajak si gadis tu sorang diri, nampak benar GATAL nak bawa anak
orang keluar je…
Ajak
satu keluargalah senang. Atau tak ada bajet?
Ayat
“Mak ada masakkan lebih” tu saya tak suka. Macam nak bagi kucing je…
#JustSaying.
4)
INILAH MASALAH ORANG KITA, YANG TAK BAIK DINAMPAKKAN SEBAGAI BAIK
Silap
pertama adalah apabila si tuan punya badan meng-upload ‘kisah’ tersebut
seakan-akan nak tunjuk macho-nya pakwe dia… Dia ingat ini kisah syurga ke?
Silap
kedua dan sangat besar juga, saya sangat sangsi dan benci dengan sesetengah
media yang suka mem-viral-kan kisah-kisah sebegini seakan-akan ini adalah kisah
syurga. Hang tau dak ini boleh membawa kepada neraka? Saya bukan Tuhan nak
tetapkan syurga-neraka, tetapi cara hang ni cara DOSA (=neraka).
5)
NASIHAT UTAMA KEPADA IBU BAPA!
Ibu
bapa perlu ajar anak-anak gadis tentang erti kewanitaan sebenar dan mahalnya
harga diri seorang wanita. Anak-anak gadis dan wanita perlu faham tentang
maruah dan betapa tidak ternilainya harga diri sendiri.
Jangan
bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya berperangai jahil, suka
menengking orang termasuk suami sendiri, tidak segan silu menderhakai ibu bapa,
apatah lagi sikap jantan dan tomboy. Wanita dan gadis biar reti maksud
kesopanan, santun dan kewanitaan, sifat seorang isteri yang membawa ke syurga.
Biar wujud sifat menjaga diri dan malu. Bak pohon semalu yang kuncup apabila
disentuh, melindungi diri daripada dilihat orang dan tidak berlebih-lebihan
dalam menonjolkan diri.
Jangan
bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya menunjukkan tahap manja yang
melampau, atau gedik yang menyakitkan hati. Wanita dan gadis biar ada maruah
dan harga diri. Biar jadi mahal dan sukar dipetik. Bak bunga mawar yang cantik
dan menawan, tetapi dilindungi oleh duri-duri tajam menjadi senjata buat
tangan-tangan jahat yang mahu menyentuhnya.
Ibu
bapa perlu ajarkan anak-anak lelaki tentang perasaan menghargai, kasih dan
penuh perhatian kepada ibunya, dan adik-beradik perempuannya. Pemuda dan lelaki
perlu faham erti menghormati wanita.
Jangan
bagi tengok drama atau filem yang mana heronya suka membentak-bentak ibunya.
Lelaki yang berkeras dengan ibunya pasti melakukan hal yang sama kepada
isterinya. Lelaki patut tahu tentang berbuat baik kepada ibu.
Kerana
lelaki yang berbuat baik kepada ibunya, pasti akan memperlakukan yang sama
untuk isterinya. Biar jadi lelaki sopan, sejuk mata memandang walaupun wajah
tidak setampan bulan purnama tetapi akhlaknya seindah bunga-bungaan di syurga.
Jangan
bagi tengok drama atau filem yang mana heronya playboy, kasanova dan suka
menggedik tanpa sempadan pergaulan, mengayat perempuan dengan pelbagai pick-up
line dan berfoya-foya.
Harapkan
muka kacak tapi hati hitam, harapkan badan sado tapi otak tak boleh pakai. Biar
jadi lelaki acuan al-Qur’an, yang mendahulukan Allah dalam segala hal, yang
menjadikan akhirat panduan hidupnya. Muka tak handsome tak apa asalkan air muka
jernih dek air wudhu’ yang menenangkan.
6)
NASIHAT KEPADA PARA REMAJA
Tak
payahlah couple-couple ni. Tak payahlah… Keluar berdua-duaan lelaki dan
perempuan bukanlah cerita syurga, Dik. Itu kisah neraka, Dik. Bercinta bagai
nak rak, rupa-rupanya ikut panahan syaitan, tak rasa rugi ke?
Kepada
para gadis, wanita dan perempuan,
JADILAH
WANITA YANG MAHAL AGAR SUATU HARI NANTI ALLAH SWT HANTARKAN LELAKI YANG MAHAL
MENJADI SUAMIMU.
Kepada
para pemuda, lelaki dan jantan macho,
JADILAH
LELAKI YANG MENGHORMATI WANITA SEPERTIMANA KAU MENGHORMATI IBUMU DAN MELINDUNGI
SAUDARA-SAUDARA PEREMPUANMU. Bukan bermudah-mudah angkut anak dara orang ke
situ ke sini.
CINTA
HALAL ADALAH HALAL
CINTA
HARAM ADALAH HARAM
Can’t
we be clear on this?
AYAH
YANG HEBAT, DIA TAKKAN BENARKAN ANAK PEREMPUANNYA DIBAWA KE HULU KE HILIR OLEH
LELAKI BUKAN MAHRAMNYA, HATTA TUNANG SEKALI PUN.
Bernikahlah
TANPA COUPLE. Banyak caranya. Boleh baca buku #HikayatBernikahTanpaCouple Jilid
1 dan 2 juga kalau mahu. Dr Syahr Musafir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan