HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Jun 2017

‘Perang’ ahli akademik - DAP dan PAN


DETIK DAILY



Sememangnya suasana politik dalam negara tidak pernah sunyi dengan isu-isu panas, sensasi dan kontroversi yang sentiasa sambung menyambung dari satu bab ke satu bab yang lain.

Beberapa minggu lalu suhu politik dihangatkan dengan isu kedudukan tiga exco PAS dan juga ahli-ahli PAS yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Selangor apabila PAS secara rasmi memutuskan kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun isu tersebut boleh dikatakan sudah selesai atau ‘sejuk’ sebaik sahaja Menteri Besar, Dato’ Seri Azmin Ali memutuskan untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri sehingga berakhirnya mandat yang diberikan oleh rakyat.

Kini disambung pula dengan isu yang tidak kurang panas dan sensasinya melibatkan ‘perang’ antara seorang ahli akedemik, Dr Kamarul Yusuf dengan pimpinan DAP dan tidak semena-mena turut melibatkan pimpinan daripada Parti Amanah Negara (PAN).

Isu ini sangat menarik perhatian kerana sekurang-kurangnya dua sebab, pertama ia secara langsung menyentuh isu apa yang dinamakan gerakan kristianisasi dan kedua ia memperlihatkan sikap pemimpin DAP dan PAN yang sangat kontra dengan imej yang cuba mereka tonjolkan selama ini.

Perlu diingatkan pemimpin kedua dua parti ini merupakan pihak yang kononnya lantang bersuara tentang kebebasan, hak asasi, ke terbukaan dan seumpamanya.

Isu gerakan kristianisasi bukanlah suatu yang baru diperkatakan dalam negara ini, sejak tahun 80an lagi atau mungkin lebih awal ia telah mengundang kontroversi serta menjadi antara isu serius yang dipantau rapat oleh kalangan kumpulan-kumpulan Islam sama ada parti politik ataupun Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) atau pertubuhan dakwah.

Bagi beberapa orang pemimpin PAN tentunya lebih maklum tentang perkara itu kerana mereka merupakan antara yang lantang mengangkat isu gerakan kristianisasi pada era tersebut ketika berada dalam kempimpinan pemuda PAS.

Walaupun Malaysia mempunyai peraturan ataupun undangundang khusus yang menyekat gerakan kristianisasi ini daripada menular namun realitinya ia terus mengundang keresahan dan kebimbangan majoriti umat Islam di Malaysia dengan perkembangan demi perkembangan yang berlaku.

Justeru tidak hairanlah mengapa isu yang bermula dengan ulasan Dr Kamarul terhadap (sebahagian) tulisan dalam buku ‘Becoming Hannah’ yang dimuatkan dalam laman facebook beliau itu sangat cepat mendapat perhatian.

Isu itu kemudiannya berkembang pula dengan pelbagai pendedahan demi pendedahan serta maklumat-maklumat baru, juga mengundang penglibatan pihak lain yang menjadikannya semakin menarik.

Bagi yang mahu mengikuti lebih terperinci isu ini bolehlah menjenguk sendiri ke facebook Dr Kamarul.

Manakala faktor kedua, kerana dikalangan pemimpin DAP dan yang lebih menghairankan lagi pemimpin PAN, telah memperlihatkan suatu sikap yang sangat luar biasa dalam reaksi mereka terhadap Dr Kamarul.

Individu dari kedua-dua parti tersebut yang tampil mengulas atau ‘menyerang’ Dr Kamarul pula bukanlah dari kalangan biasa-biasa dari kelompok bawahan sebaliknya melibatkan kepimpinan tertinggi atau pimpinan kanan mereka.

Mereka tampil dengan wajah yang sangat buruk dalam melawan hujah-hujah Dr Kamarul sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat, melabel, melakukan pembunuhan karakter, memesongkan fakta dan sebagainya.

Lebih lucu lagi apabila ins titusi pendidikan yang menjadi tempat Dr Kamarul mencurahkan baktinya turut dikaitkan dalam hujah-hujah mereka.

Seorang penulis blog yang mengikuti isu ini dari awal telah merekodkan sekurang-kurangnya 18 artikel dalam masa empat hari (mungkin kini jumlahnya makin bertambah) telah diterbitkan oleh sebuah portal berita yang dikenali pro Pakatan Harapan yang beliau sifatkan untuk ‘kondem’ Dr Kamarul.

Sikap pimpinan kedua-dua parti politik itu dan para pembantunya yang seolah-olah telah hilang kewarasan inilah sebenarnya antara faktor yang menarik ramai orang untuk mengikuti isu ini selain menimbulkan persoalan lebih besar ‘apakah sebenarnya disebalik isu ini’ sehingga ia terpaksa ditanggani sebegitu rupa walhal lawan yang mereka hadapi ha nyalah seorang ahli akademik yang berada nun jauh di utara.-Editorial harakah

Tiada ulasan: