HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Jun 2017

Bersatu Tanya, Anwar Pula Tempatnya Dimana?

 Suara Kebenaran



Beberapa orang pimpinan Bersatu yang dihubungi blog ini menunjukkan rasa kurang senang dengan kenyataan Datuk Sri Anwar Ibrahim semalam berhubung tawaran Tun Dr. Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 akan datang.

Seolah-olah memperlekehkan Tun Mahathir kata mereka.

Rata-rata mempersoalkan kenapa Anwar begitu serius dengan tawaran tersebut sedangkan ia untuk meleraikan kekusutan mengenai bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan ini yang antara lain disumbangkan Anwar sendiri, kata mereka.

Kedudukan Anwar sebagai banduan yang melarangnya dari aktif berpolitik selama 5 tahun selepas dibebaskan, menyumbang kepada masalah untuk memilih Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya menang PRU14 sehingga memaksa Tun Mahathir untuk membuat tawaran tersebut.

Sementara Bersatu faham pengampunan diraja membolehkan Anwar kembali bertanding tanpa menunggu tempoh 5 tahun tersebut, tapi tiada jaminan proses itu akan selesai dalam tempoh yang singkat.

Apatah lagi satu keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2011 jelas menyatakan bahawa proses pengampunan adalah atas budi bicara DYMM Yang Dipertuan Agung sepenuhnya disebalik status sebagai Raja berpelembagaan.

Tawaran Tun Mahathir itu sebenarnya datang pada waktu yang tepat kerana rakyat tidak lagi tertanya-tanya tentang siapa yang bakal memimpin negara selepas PRU14 nanti, bukankah itu satu kelegaan?  Banyak masalah boleh selesai dengannya kerana dengan 22 tahun pengalaman, tidak ada siapa akan mempertikaikan kebolehan Tun Mahathir untuk memimpin negara ini.

Ramai di kalangan mereka juga bimbang, kenyataan Anwar memperlekehkan tawaran Tun Mahathir itu sekadar memberi bayangan masih ada yang tidak selesai antara beliau dengan Tun Mahathir.

Tiada ulasan: