HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Jun 2017

Gara-gara brek mengejut lima kereta bertembung di Sungai Petani

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SUNGAI PETANI: Lima kereta bertembung di Kilometer 107.6 Lebuh Raya Utara Selatan di sini kira-kira pukul 11 malam tadi dipercayai gara-gara seorang pemandu kenderaan berkenaan membrek keretanya secara mengejut.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, semua pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bernasib baik kerana terselamat malah tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Katanya, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Proton Gen2, Mercedes, Honda Civic, Proton Saga dan Proton Suprima S.
 
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Mercedes berkenaan secara tiba-tiba membrek dan pemandu Proton Saga yang gagal mengelak terus merempuh keretanya sebelum dilanggar oleh kenderaan lain.
 
“Kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan ke arah selatan. Semua pemandu tidak cedera kecuali nasib pemandu Proton Saga kerana mangsa belum membuat laporan, “ katanya di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan: