HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Jun 2017

Tun Mahathir tidak boleh calonkan diri untuk jawatan perdana menteri, kata Anwar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh mencalonkan dirinya untuk menjadi calon perdana menteri jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Itu respon Anwar ketika ditanya kesediaan Pengerusi Parti pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk sekali lagi menjadi perdana menteri jika beliau diminta berbuat demikian  oleh Pakatan Harapan (PH).
 
"Ia bukan keputusan beliau, sebaliknya Pakatan Harapan.
 
"Seseorang tidak menjadi menawarkan diri (menjadi perdana menteri) begitu saja sebaliknya perlu ada kesepakatan," katanya kepada media, di kompleks Mahkamah Syariah Shah Alam hari ini.
 
 

Tiada ulasan: