Sidang media Felda Global Venture Bhd (FGV) hangat
apabila Pengerusinya Tan Sri Isa Samad mengugut mahu menyaman wartawan
kerana bertanya soalan mengenai dakwaan salah laku.
Situasi itu bermula apabila salah seorang wartawan mengajukan soalan mengenai dakwaan Raja Petra Kamaruddin berkaitan dirinya.
Penulis blog itu dikatakan mendakwa Isa cuba menyingkirkan presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad bagi menutup dakwaan salah laku rasuah.
Isa kemudian mempertikaikan soalan itu dan mengugut mahu menyaman wartawan akhbar arus perdana itu.
“Kamu buat kenyataan ini, saya saman awak,” katanya ketika menjawab soalan itu dalam sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.
'Itu Raja Petra dia punya hal'

Bagaimanapun, wartawan tersebut menjawab bahawa kenyataan itu adalah dakwaan Raja Petra dan beliau hanya bertanya soalan.
“Itu Raja Petra dia punya hallah. Jangan kamu pula tuduh saya.
“Tanya erti macam tuduh,” katanya.
Raja
Petra antaranya mendakwa Isa mahu menyingkirkan Zakaria kerana dianggap
terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan sesetengah urus niaga.
Kemelut kepimpinan FGV dikatakan mempunyai kaitan dengan
tunggakan bayaran kepada anak syarikatnya Delima Oil dengan sebuah
syarikat pembeli minyak sawit luar negara.
Setelah dicutikan, Isa hari ini mengumumkan siasatan
audit dalaman akan dibuat ke atas Zakaria serta mengalu-alukan siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Zakaria pula dilaporkan mahu SPRM menyiasat keseluruhan
operasi FGV bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan
kuasa.
Beliau setakat ini mempertahankan diri dan enggan
berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang
digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan