SHAH ALAM: Apa sudah jadi dengan dana hampir RM20 bilion yang diberikan
kepada Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) semasa Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal menjadi menteri?
Itu soalan yang diajukan Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (Gaum), Datuk Zulkarnain Mahdar.
"Projek bekalan air bernilai RM100 juta untuk penduduk di Pulau Gaya,
Sabah pada tahun 2011. Sepatutnya kira-kira 12,000 pengguna yang
terlibat dalam projek berkenaan sudah dapat menikmati bekalan air bersih
, namun yang berlaku sebaliknya.
"Masih banyak keluhan disuarakan rakyat berkenaan bekalan air bersih
ini, khususnya mereka yang menetap di Pulau Gaya. Mengapa projek ini
gagal? Dan kenapa projek ini tidak diketahui oleh pihak kerajaan
negeri?, soal Zulkarnain dipetik temubualnya bersama akhbar Mingguan
Malaysia, hari ini.
Ujar Zulkarnain lagi, Shafie gagal sebagai seorang menteri untuk
membawa perubahan dan tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat Sabah,
sepanjang lima tahun mendiami kerusi empuk di Putrajaya.
Beliau berkata demikian mengulas tindak tanduk Shafie sekarang yang
begitu beriya-iya menjelajah seluruh Sabah, kononnya untuk mrmbrla nasib
penduduk negeri itu.
"Banyak isu mengenai jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih tidak
diselesaikan Shafie walaupun kementerian di bawah beliau telah menerima
hanpir RM20 bilion daripada kerajaan dalam tempoh berkenaan.
"Meskipun kerajaan Persekutuan memperuntukkan sehingga RM3 bilion ke
RM5 bilion setahun kepada KKLW yang diterajui Shafie sebelum ini, namun
masih banyak lagi jalan-jalan kampng yang perlu kepada penambahbaikan
khususnya di luar bandar," ujarnya.
Zulkarnain juga berkata beliau hairan mengapa Shafie tidak pernah
mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Sabah, untuk berbincang
mengenai keperluan rakyat negeri itu, sepanjang tempoh beliau menjadi
menteri.
"Setahu saya dia tidak pernah mengadakan pertemun dengn Datuk Seri Musa
Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri untuk membincangkan perkara
ini.
"Tindakannya membelakangkan peranan Pejabat Daerah seumpama
membelakangkan rakyat negeri di seluruh Sabah kerana organisasi ini
nenounyai maklumat yang tepat kemudahan infrastruktur yang perlu kepada
penambahbaikan segera.
"Malah pejabat Daerah mempunyai jawatan Majlis Tindakan Daerah bagi
mengenalpasti setiap masalah rakyat," ujarnya panjang lebar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan