
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa video
terbaru Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong itu adalah satu
tamparan besar buat rakan sejawatnya di Malaysia.
Katanya, Lee sanggup memohon maaf kepada rakyat Singapura berhubung perbalahan dengan adik beradiknya mengenai isu tanah rumah kediaman bapanya, Lee Kuan Yew yang telah mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP.
“Beliau menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan full public hearing dalam
Parlimen Singapura bulan depan bagi membolehkan anggota pembangkang dan
juga anggota partinya sendiri untuk menyiasatnya secara bebas dan
beliau bersedia untuk menjawabnya.
“Sesiapapun yang melihat video ini, pasti akan bertanya dalam hati kenapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pelbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura itu,” katanya dalam satu blog.
Bekas menteri itu yang lebih mesra dikenali sebagai Zam, berkata walaupun jaminan Lee itu belum dilaksanakan, tetapi kenyataannya sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya.
Menurutnya, ini menunjukkan bahawa Lee memahami penilaian rakyat terhadap kepimpinan Singapura dan kerana sebab itu, beliau bersedia berdepan dengan mereka rakyat untuk melenyapkan sebarang prasangka buruk dan memperkuatkan lagi kedudukannya.
“Video
ini adalah satu tamparan yang sangat hebat kepada Najib dan barisan
pertahanannya yang dilihat lebih mengutamakan sandiwara politik untuk
mengekalkan kuasa dan takut untuk menampilkan kejujuran politik bagi
mengekalkan kuasa,” katanya.
Isnin lalu, Lee memohon maaf kepada warga Singapura kerana berasa malu atas perbalahan antara beliau dan adik-beradiknya yang tertumpu kebanyakan kepada rumah mendiang bapa mereka, yang terletak di No 38, Oxley Road.
Beliau berkata, rakyat Singapura telah terganggu dan keliru dengan berita mengenai perbalahan peribadi antara adik-beradiknya dan berjanji akan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan situasi itu.
Katanya, Lee sanggup memohon maaf kepada rakyat Singapura berhubung perbalahan dengan adik beradiknya mengenai isu tanah rumah kediaman bapanya, Lee Kuan Yew yang telah mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP.
“Beliau menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan full public hearing dalam
Parlimen Singapura bulan depan bagi membolehkan anggota pembangkang dan
juga anggota partinya sendiri untuk menyiasatnya secara bebas dan
beliau bersedia untuk menjawabnya.“Sesiapapun yang melihat video ini, pasti akan bertanya dalam hati kenapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pelbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura itu,” katanya dalam satu blog.
Bekas menteri itu yang lebih mesra dikenali sebagai Zam, berkata walaupun jaminan Lee itu belum dilaksanakan, tetapi kenyataannya sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya.
Menurutnya, ini menunjukkan bahawa Lee memahami penilaian rakyat terhadap kepimpinan Singapura dan kerana sebab itu, beliau bersedia berdepan dengan mereka rakyat untuk melenyapkan sebarang prasangka buruk dan memperkuatkan lagi kedudukannya.
“Video
ini adalah satu tamparan yang sangat hebat kepada Najib dan barisan
pertahanannya yang dilihat lebih mengutamakan sandiwara politik untuk
mengekalkan kuasa dan takut untuk menampilkan kejujuran politik bagi
mengekalkan kuasa,” katanya.Isnin lalu, Lee memohon maaf kepada warga Singapura kerana berasa malu atas perbalahan antara beliau dan adik-beradiknya yang tertumpu kebanyakan kepada rumah mendiang bapa mereka, yang terletak di No 38, Oxley Road.
Beliau berkata, rakyat Singapura telah terganggu dan keliru dengan berita mengenai perbalahan peribadi antara adik-beradiknya dan berjanji akan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan situasi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan