KUALA LUMPUR: Seorang polis berpangkat Lan Koperal berusia 30 tahun
berdepan dengan hukuman mahkamah atas tiga tuduhan, termasuk
menyembunyikan maklumat mengenai keganasan.
Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan mengarahkan Lans Koperal Mustaza
Abdul Rahman untuk membuat pembelaan terhadap tiga tuduhan tersebut
kerana pihak pendakwa telah membuka kes prima facie terhadapnya.
"Tertuduh gagal memberi maklumat (keganasan) kepada pegawai atasannya.
Seorang pakar berkata, bai'ah (ikrar kesetiaan) adalah bukti sokongan
terhadap kumpulan militan," kata hakim.
Tertuduh didakwa memberikan sokongan ke atas aktiviti keganasan
melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk menyebarkan
ideologi menerusi aplikasi Telegram.
Kesalahan itu dilakukan di Unit G7-1-1 Blok Iksora, Pangsapuri Polis
Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, antara 28 dan 29 Jun tahun lepas.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mempunyai maklumat mengenai
kesalahan yang berkaitan dengan keganasan tetapi menyembunyikan maklumat
tersebut daripada pegawai atasannya sedangkan dia diwajibkan berbuat
demikian oleh undang-undang.
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara April dan 29 Julai 2016.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada
kumpulan militan Daesh dengan mengesahkan kesetiaannya (bai'iah)
menerusi aplikasi Telegram dalam kumpulan sembang, "Gagak Hitam".
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat yang sama pada pukul 12.25 pagi, 30 Mac 2016.
Mahkamah menetapkan 24 dan 25 Julai untuk sebutan kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd
Noor manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Faizal Rahman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan