HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

Zakaria berpeluang bela diri, kata Isa


ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, akan diberi peluang mempertahankan diri selepas selesai siasatan audit dalaman.
 
Pengerusi Kumpulan FGV, Tan Sri Isa Samad, berkata, Zakaria boleh berbua demikian apabila Lembaga Pengarah FGV mengeluarkan surat tunjuk sebab kelak.
 
Isa berkata, menjadi proses biasa dalam mana-mana organisasi besar mengarahkan individu yang terbabit dalam sebarang kes bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan.
 
"Kita minta beliau bercuti untuk mudahkan siasatan, bukannya memberhentikan beliau. 
 
"Jika siasatan audit dalaman tidak mendapati kesalahan, beliau tidak akan dikenakan tindakan," katanya pada sidang media khas di Menara Felda, hari ini.
 
Dalam pada itu kata Isa, FGV sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak akan menghalang jika agensi itu mahu masuk dan menyiasat urus niaga FGV, khususnya membabitkan urus niaga antara Delima Oil Products (DOP) dan Safitex. 
 
Katanya, hasil siasatan syarikat audit luar, PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga itu yang menjurus kepada arahan bercuti terhadap Zakaria dan tiga individu lain, mendapati terdapat beberapa kesalahan yang menjurus ke arah rasuah. 
 
Bagaimanapun, katanya, FGV enggan terus menuding jari, sebaliknya meminta audit dalaman menjalankan siasatan lanjut. 
 
"Buat masa ini, kita cuma membenarkan audit dalam saja buat siasatan, namun jika ada pihak lain seperti SPRM nak masuk menyiasat, kita tidak akan halang. 


Tiada ulasan: