Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menafikan
desas-desus kemungkinan peralihan beliau ke Parlimen Pandan pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang berikutan prestasi merudum dan
tidak disenangi pengundi di kawasannya.
Terkejut dengan khabar angin tersebut, Ketua Wanita PKR itu berkata
beliau yakin dengan prestasi dan perkhidmatannya kepada pengundi di
kawasan Ampang.
"Alhamdulillah, saya yakin dengan prestasi saya di Ampang amat disenangi penduduk Ampang," katanya kepada Antarapos hari ini.
Ketika ditanya lebih lanjut, Zuraidah bagaimanapun menyatakan beliau
bersedia dengan apa jua keputusan yang akan diputuskan pucuk pimpinan
PKR berkaitan peralihan kerusi tersebut.
"Itu saya rasa, saya masih lagi membuat kerja di Ampang dan seluruh
Selangor. Sekiranya kalau pucuk kepimpinan kata kena berubah, kena
beralih, saya beralihlah. Itu keputusan pada pucuk pimpinan.
"Tetapi apa pun kita keputusan itu tidak lagi ada apa-apa lagi di pihak
parti namun demikian kita buat kerja masing-masing. Tumpuan kita adalah
untuk buat gerak kerja pastikan tidak kira siapa pun calon. Kita punya
kedudukan mantap. Itu yang penting," tambahnya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Ketua Wanita PKR itu bakal beralih
ke kerusi Parlimen Pandan ekoran prestasinya yang merudum dan tidak
disenangi di kalangan pengundi Ampang.
Portal yang memetik sumber itu berkata, percaturan yang masih di
peringkat perbincangan itu dikatakan sebagai persediaan untuk
menggantikan tempat Rafizi Ramli yang hilang kelayakan bertanding pada
PRU14, berikutan keputusan mahkamah tahun lepas yang menjatuhkan hukuman
penjara selama 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli
Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi
setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
Rafizi menghadapi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang
masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia
Developement Berhad (1MDB), Mac tahun lalu.
Zuraidah sebelum terpalit dengan dakwaan berkaitan rasuah kerana
dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly.
Adam kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
kerana memberikan keterangan dan dokumen palsu kepada badan pencegah
rasuah itu ekoran memiliki “kekayaan luar biasa”.
Walaubagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekerasnya oleh Zuraidah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan