Berbeza dengan propaganda yang dimainkan puak puak UMNO, rakyat Selangor rata-rata berbangga dengan bonus 2.5 bulan gaji yang dibayar kerajaan negeri kepada kakitangan awamnya.
Sekalipun hanya sebahagian kecil (18.000 orang) daripada keseluruhan 7 juta rakyat Selangor mendapat bayaran tersebut, tapi itu sudah cukup untuk membuatkan mereka bangga kerana dalam negara ini hanya Selangor dan Penang saja yang mampu membuat pembayaran sebanyak itu.
Negeri lain ada?
Siti Halijah, surirumah berusia 57 tahun dari Paya Jaras berkata “Saya berbangga kerana kerajaan negeri dibawah pimpinan DS Azmin mampu membayar bonus yang tinggi kepada kakitangan kerajaan negeri”.
Kartiresan, peniaga kasut dari Klang pula berkata, bonus yang dibayar kerajaan negeri kepada kakitangan awamnya mampu melonjak ekonomi Selangor.
Abd Rahim dari Sabak Bernam pula berkata, pembayaran bonus ini adalah bukti kecemerlangan pimpinan kerajaan negeri dalam menguruskan ekonomi Selangor.
Sementara Lee Wan dari Damansara pula mengulas, Selangor benar-benar telah menjadi negeri yang begitu seronok untuk didiami melihat kepada pola penghijrahan rakyat Malaysia untuk bekerja di negeri tersebut berikutan pembayaran bonus yang tinggi ini.
Husni Abu, penyelia kilang dari Bestari Jaya pula berharap, pembayaran bonus yang lumayan ini akan mampu menambah minat majikan swasta untuk menirunya dan seterusnya seluruh rakyat Selangor juga akan mendapat bonus 2.5 bulan gaji seperti yang dinikmati kakitangan awam negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan