HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Julai 2017

Dua anggota polis ditahan cuba bawa masuk barang larangan dalam lokap

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
IPOH: Dua anggota polis ditahan pada malam Selasa lepas setelah dipercayai cuba membawa masuk barang larangan ke dalam lokap do Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata kedua-dua anggota polis yang berpangkat Lans Koperal dan Koperal itu ditahan di perkarangan Balai Polis Sentral pada jam 10 malam.
 
"Seorang pegawai kanan polis telah menerima maklumat tersebut dan bertindak menahan kedua-dua anggota polis itu di mana hasil pemeriksaan telah menjumpai dua plastik sampah dalam kereta mereka.
 
"Antara barang yang ditemui adalah bateri, rokok, minuman botol, coklat,ubat gigi, kek, daun terup dan lain-lain barang," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
 
Beliau juga memaklumkan pihaknya akan membuka Kertas Enkuari Polis (KEP) untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
 
 

Tiada ulasan: