HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Julai 2017

Sambutan kemerdekaan cuba bawa kembali semangat 1957 - Salleh Keruak

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan kembali suasana sambutan merdeka pada 1957.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pada hari berkenaan Dataran Merdeka bakal berubah wajah menjadi sebuah stadium bagi menaikkan dan menghayati kembali semangat ketika sambutan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 1957.
 
"Ibaratnya, kita bawakan 'Stadium Merdeka' ke Dataran Merdeka. Segala susun atur 'props' pada hari berkenaan berkonsepkan sebuah stadium selain pengisian pada hari berkenaan juga berbeza daripada sambutan sebelum ini.
 
"Selain itu, tahun ini juga sebuah skrin gergasi sepanjang 200 meter akan diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka yang akan memaparkan pelbagai perkara terutama mengenai kemerdekaan.
 
"Tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini adalah Negaraku Sehati Sejiwa menunjukkan betapa penting rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama bersatu padu bagi menentukan masa depan negara yang lebih gemilang, stabil dan aman damai.
 
"Walau apa juga perbezaan kita, sama ada fahaman politik atau apa saja namun jika kemuafakatan dapat disemai negara akan terus mencapai kegemilangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di sini, hari ini.
 
Sementara itu, katanya sambutan Hari Malaysia 2017 akan diadakan pada 16 September ini di Kota Kinabalu, Sabah.
 
Selain itu, katanya, 12 program utama akan menjadi pengisian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 termasuk Kayuhan Merdeka, Doa Untuk Malaysia, Ambang Merdeka dan Karnival Hari Malaysia.
 
 

Tiada ulasan: