HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Julai 2017

Stadium Nasional tercalon dalam Festival Senibina Dunia

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dicalonkan dalam Festival Senibina Dunia 2017, di Arena Berlin, Jerman pada 15 hingga 17 November ini.
 
Bangunan ikonik Malaysia itu yang disenaraikan menerusi kategori 'Bangunan Baru dan Lama' akan bersaing dengan bangunan terpilih di serata dunia seperti Fearon Hay Architects, Kauri Timber Building, Auckland, New Zealand dan Ntsika Architects, Esselen Clinic, Johannesburg, Afrika Selatan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter malam tadi menzahirkan rasa teruja selepas usaha membaik pulih stadium berkenaan membolehkan ia dicalonkan pada festival itu.
 
Khairy turut berkongsi pautan laman web festival itu bagi mereka yang mahu mengetahui secara lanjut penganjuran anugerah itu.
 
"(Saya) gembira (Stadium Nasional) Bukit Jalil dicalonkan bagi Festival Senibina Dunia 2017.
 
"(Lihat) www.worldarchitecturefestival.com/new-and-old-completed-buildings-2017 (untuk maklumat lanjut)," katanya yang dipetik daripada BH Online.
 
 

Tiada ulasan: