HALAMAN SANTAI

Sabtu, 1 Julai 2017

Tiada larangan henti permit kerja untuk warga Korea Utara - TPM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menghentikan pengeluaran permit kerja buruh untuk warga Korea Utara, demikian tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Menafikan laporan agensi berita Jepun, Zahid juga memaklumkan tiada arahan berupa demikian dikeluarkan.
 
"Berita itu adalah tidak benar dan tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, di sini hari ini.
 
Pada Khamis lepas, sebuah agensi berita Jepun, Kyodo News, melaporkan Malaysia menghentikan pengeluaran permit kerja untuk warganegara Korea Utara, susulan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong Un.
 
Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Feb lepas.
 
 

Tiada ulasan: